Taman Lirik



Browse Artists: 0-C | D-F | G-I | J-L | M-O | P-R | S-U | V-Z

May 14, 2007

Siti Nurhaliza - Cahaya Cinta

Dia telah telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu

Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga

April 4, 2007

Noni AF5 - Pastikan (Siti Nurhaliza) Lyrics

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

(Chorus)
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

Ulang Chorus

September 14, 2006

Siti Nurhaliza - Siti Situ Sana Sini Lyrics

Chorus
Di Bawah Cinta Satu Benua
Ku Berlari Mencari Satu Cinta
Cintamu Ku Ke Syurga
Kan Ku Bawa Ia

Di Bawah Cinta Satu Benua
Ku Berlari Mencari Satu Cinta
Cinta Ku Kan Ke Syurga
Kau, Ku Bawa Ia
(Siti Situ Sana Sini)

Verse 1
Pernahkah Kau Terfikirkan Aku
Perlukah Ku Mencuba
Haruskah Ku Mengalah ohhh
Cintaku Damba
Situ Sana Sini Tak Tercipta

Pre Chorus
Jauh Berlari
Cinta Ku Pasti
Pudar Nanti Dirimu
Dengan Hati
Ke Awan (yang) Biru Terbangku

Ulang Chorus

Verse 2
Ingin Aku Dibelai Cintamu
Ingin Aku Dirinduimu
Tak Tercapai Perasaan
Bawaku Terbang Bersamamu Kasih

Ulang Pre Chorus
Ulang Chorus

Bridge
Seribu Musim Berganti
Hari Berulang Hari
Impikan Kau Hadir Di Sisi
Nyanyian Sukmaku
Teruskanku Di Sini Menanti Kasih..

Ulang Chorus

May 6, 2006

Siti Nurhaliza - Budi Bahasa Budaya Kita Lyrics

Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia

Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria

c/o

Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita

Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia Lyrics

pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempat ku
membayangkan pahit manis berlaku
tak siapa yang tahu
mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
tak kan ku melupakan
tiada pertimbangan

keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi

dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
semakin aku hitung dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata-kata bertulangkan dusta

keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada ku menjauhi

dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
oooooo

dan kisah ku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku…

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Jay of onefinejay.com