Taman Lirik



Browse Artists: 0-C | D-F | G-I | J-L | M-O | P-R | S-U | V-Z

May 2, 2007

Mawi - Angan Dan Sedar Lyrics

Filed under: Mawi Lyrics

Mohon selembar harapan
Buatku sedang rawan
Biarpun sekadar cuma senyuman
Ikhlas kau pujaan

Mohon sesaat berangan
Buat ku meleraikan
Apapun hiba dan tangisan
Menawan segala perasaan

(Korus)
Aku sedar siapa diriku
Aku dah tahu siapa aku
Aku sedar dan berasa malu
Aku sangatlah mahu berterima kasih

Sungguh
Langsung tak pernah marah walaupun sekali seakan memahami
Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa menjaga maruahku
Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci pada diriku ini
Buatku tak pernah akan pernah menyesal menagih cintamu biarpun membelai rindu

Mohon secebis kasihan
Janganku dilupakan
Dalam lipatan kenangan
Bercinta dikau di persimpangan

(Korus)
Aku sedar siapa diriku
Aku dah tahu siapa aku
Aku sedar dan berasa malu
Aku sangatlah mahu berterima kasih

Sungguh
Langsung tak pernah marah walaupun sekali seakan memahami
Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa menjaga maruahku
Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci pada diriku ini
Buatku tak pernah akan pernah menyesal menagih cintamu biarpun membelai rindu

Lalalalalala…
Lalalalalala…

Aku rela merindumu
Aku rela merindumu
Aku rela merindumu

April 19, 2007

Mawi - Mungkin Langitmu Lebih Biru Lyrics

Filed under: Mawi Lyrics

Listen

Deru angin yg memburu
Menuju laluan
membikin dedaun hati bergetar

Beliung melanda kejam
Rautkan kepiluan
Haru itu biru warnanya
Merakam birunya jiwaku

Berdirilah di pentas itu
Tanpa membisik namaku
Kalau terputus paluan
Beranilah sambung kembali

Mungkin lebih biru
Langit mu di sempadan sebelah situ
Mungkin cuma hanya
Sekadar ribut di dalam cangkir cuma

Bukannya aku utk meramal
Juga dirimu pastikan
Hari mendatang

Berdirilah di pentas itu
Tanpa kau menyebut namaku

Mungkin lebih biru
Langit mu di sempadan sebelah itu
Mungkin cuma hanya
Sekadar kalut ribut di cangkir cuma

Mungkin lebih hijau
Laman mu di sempadan sebelah sana
Ataupun hanya ribut melanda di dalam cangkir cuma

Siapalah aku untuk meramal
Juga dirimu untuk pastikan
Lepaskan saja

Deru angin semalam
Sebuah cerita
Wajah-wajah jiwa
Insan yang biasa…biasa…

May 6, 2006

Mawi - Lagu Jiwa Lagu Cinta Lyrics

Filed under: Mawi Lyrics

Menyanyi kerana gembira
Menyanyi kerana sedih
Menyanyi kerana rindu
Aduh siapa dapat membaca…
Hatiku saat ini

Menari kerana melayan
Menari kerana sunyi
Menari kerana kasih
Ada di depan masih juga tak mengerti

*Gerangan apa buat ku kemari
Dalam temasya ku memencil diri
Darilah jauh asyik memandangnya
Sekalipun dia masih tak perasan…ku disini
Oh…..
Lagu jiwa
Bukan lagu mengadu nasibku
Lagu cinta
Bukan lagu meratap hidupku

Hanya nak menyatakan
Tuah dan untung badan
Diuji hebat cinta sehebat begini…hebat begini…

Mawi - Kian Lyrics

Filed under: Mawi Lyrics

Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita

Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda

Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

*Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya

Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama

Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Jay of onefinejay.com