Taman Lirik



Browse Artists: 0-C | D-F | G-I | J-L | M-O | P-R | S-U | V-Z

May 26, 2006

Pretty Ugly - Diari Seorang Lelaki Lyrics

Filed under: Pretty Ugly Lyrics

Dari semalam ku tunggu
Fikir kau pulang ke pangkuanku
Ku dengarkan lagu cinta
Pilihan terbaik kita
Ku mainkan cd berulang
Lupakan segala ucapan
Perpisahan yang kau pinta

C/O :
Benar dikau ku cinta setiap detik ku puja
Kau sering perhatiku sambil belai rambutmu
Tak ingin aku lupa kenangan yang tercipta
Belikan aku diari ku tulis setiap hari

Terjaga dari tidurku terima panggilan dari jauh
Katakan saja kau rindu setahun ku hilang arah
Ku tempahkan tiket sehala malam ini kitakan bertemu
Tunggu di bawah lampu

Bridge :
Bercinta, berkasih bagai Adam dan Hawa
Bergaduh, selisih buat kita sempurna
Janganlah dipendam luahkan perasaan
Tiada benci, iri hati itulah destinasi

Sumbangan: Nurul168, Shuhada

May 23, 2006

Nitrus - Kamu Lyrics

Filed under: Nitrus Lyrics

Umpama bidadari
Yang turun dari kayangan
Indah nian tak berbandingan
Terasa bagai disentuh bayangan mu

(Korus)
Sesungguhnya kamu terang bagaikan cahaya
Yang menyinari hidupku dikala ku kelam.. kelam
Terciptalah aku tuk kali pertama
Dan akan ku buktikan kesungguhan dari hati ini
Hati ini…

Umpama bidadari
Kau selalu menyenangkan aku
Biar kadang ku terkeliru
Izinkan aku menyentuh bayanganmu

(Ulang korus)

Terciptanya aku untuk kau (3x)

(Ulang korus)

Nabil - Hati Ini Lyrics

Filed under: Nabil Lyrics

Ku lihat kau berlegar-legar di kaki lima,
Inginku tegurmu tapi terasa curiga,
Mungkin ekspresimu nanti tak sepertiku harapkan,
Adakah kau merinduku sepertiku merindumu..

Tanpa aku sedari, cinta pun mula berputik,
Mulanya dari teguran "boleh kita berkenalan?"
Tanya "apa nama, buat apa, nak ke mana?"
Hati rasa berdebar…

Janganlah hancurkan hati ini..
Ku hanya mencuba meluahkan perasaan..
Usahlah ragui hati ini…
Kerna kau satu-satunya gadis yang ku cinta selamanya…

I got home dat day, feeling so tired and in pain,
I wana call u but u need your rest, u might feel the same..
Something’s wrong with me, i can’t seem to find myself…
(U know what?) I think I’m crazy over you…

I called my friend and asked her,
"What should i do, what should i say?"
Cos everytime i hear your voice, you’ll throw me miles away..
My cellphone suddenly rings…your name is on the screen…

Janganlah hancurkan hati ini..
Ku hanya mencuba meluahkan perasaan..
Usahlah ragui hati ini…
Kerna kau satu-satunya gadis yang ku cinta selamanya…

Liza Hanim - Merawat Luka Terpendam Lyrics

Filed under: Liza Hanim Lyrics

Merawat luka yang terpendam
Kesannya masih berdarah
Hendak ku tangiskan tiada pedih
Yang telah terjadi padaku
Pasrah aku terima

* Kau hujankan penghinaan
Aku renjis kesabaran
Aku curah pertanyaan
Adakah bahagia nanti akan menyingkir hiba
Dalam ribut ada hina
Dalam tenang ada sabar
Dalam tangis sendirian
Berkemungkinankan bahagia nanti akan menyusur tiba

Bukan ku mengundang bencana
Juga tak ku menabur dosa
Tak dapat dinafi kebetulan
Dugaan menimpa diriku
Rela aku terima

ulang *

Adam - Seri Satu Sama Lyrics

Filed under: Adam Lyrics

Aha..ha.ingin ku mulakan hujah
Berkenaan sebuah kisah
Keadilan dalam bercinta
Haruslah ada hak yang saksama

Tak perlulah kau buat tak tahu
Semuanya sudah dapat dihidu
Perlakuanmu di belakang diriku

Engkau punya bekalan simpanan kekasih ketika berjauhan
Tercabar setia.ku mula rasa tertekan

Ku sangka ku satu-satunya
Sebaliknya ku diperdua
Sememangnya ku tak gemar main kayu tiga

Tetapi terbalas dendamku
Kerana kau juga perlu tahu
Ku punya teman rahsia
Seri satu sama

Monogami adil andai berdua hala
Tetapi jangan ingatkan kau boleh berahsia
Denganku kau lafazkan janji setia
Dengannya kau akukan "masih belum berpunya"
Pernah tak kau dengarkan hukum karma
Semua gerak-laku bisa ada balasannya
Jadi jangan salahkan ku jika tersinggung
Bak kata orang ‘Sendiri buat, sendiri tanggung’

Dia dah lama menghampiriku
Cuma iman yang utuh dan kukuh
Tetapi bukannya semua orang begitu

Tarikannya bukan kerana cinta
Lebih kepada membuat kau terasa
Sekurang-kurangnya puas hati ku.hahahaha

Ku sangka ku satu-satunya
Sebaliknya ku diperdua
Sememangnya ku tak gemar main kayu tiga

Tetapi terbalas dendamku
Kerana kau juga perlu tahu
Ku punya teman rahsia
Seri satu sama

Bukannya aku tak cinta
Ku rasa kau turut sama
Cuma mahu yang berbeza
Tempias sama di rasa

Jangan fikirkan ku tak berperasaan
Berdesing telinga mendengar tertawa rakan
Mereka bilang ku dah diperbodohkan cinta
Tapi dah ku rancangkan setiap agenda
Apa kata kita selesaikan perselisihan ini
Sama ada kau mahu terus atau bersendiri
Jika kau tuduh ku curang dan mahu berpisah
Kesal takkan mengganggu ku kerana dia menunggu

Doul - Menanti Lyrics

Filed under: Doul Lyrics

  Intro:

Dekat 19, ni cara kita weh
Lu orang periksa la kalau lu orang nak periksa
Jaga-jaga semua ku baru dalam permainan ini
Menterjemahkan lagu dengan caraku sendiri
Gua ada awek tapi dia nak pergi
Jadi tinggallah gua sorang diri
Gua sayang dia gila weh tapi dia nak chow
Jadi sebelum dia chow, gua cakap
Biar gua cerita lu orang lah
Dengar woi

C/o:
(Oh) aku rela.menantimu
Walaupun aku tak sanggup
Menanggung rindu, tapi yang pasti
Aku (aku).setia kepadamu
Tak gusar pada badai yang akan hadir (lagi)

Verse 1:
Mari intan payung, gua nak kata serba sedikit
Jangan ah renggang, datang dekat sikit, gua tak gigit
Ruang yang luas antara kita dijadikan sempit
Supaya matamu, bertentang mataku yang selebet
Owh..walaupun perpisahan kan kita alami
Toksah sedih, gua tunggu lu kat sini!!
Jangan risau kalau-kalau gua nakal menggatal
Gua tak main gila selagi cinta kita kekal
Owh..cara mu menyayangiku buat gua lambung-lambung
Cara mu memuji manja dah lah memang cun
Buat lutut gua lemah tapi teruskan
Gua langsung tak tersinggung
Mana weh lubelajar sayang?
Gua fikir lu buat gua bingung
Matamu menyinarkan masa depan yang cerah
Berat hati gua, namun terpaksa gua menyerah
Kan mu..tuk kejar impian
Cepat pergi, cepat balik, cepat sikit gua cuba tahan
Ooohh.

Verse 2:
Nak pergi dah ni? Tunggu ah sikit lagi
Gila s**l gua belum puas renung muka lu lagi
Haih macam mane? Nak gua nangis ke apa?
Papehal sekejap lagi gua terpaksa terseksa lah
Walaubagaimanapun, gua nak tinggalkan pesan
Nak dengar, tak nak dengar, sekati lu ah perempuan
Jangan lupa diri, jangan langsung lupa gua
Impian mesti kejar, jangan biar terbiar eh?
Jangan bazir makan weh, perut kene kenyang
Jangan bazir masa dan mak bapak lu punya wang
Maaflah beb, gua takde duit nak kasi
Gua harap cinta dan hati gua memadai
Owh..sampai sini sajalah wahai gadis jelita
Gua tak nangis Cuma habuk terbang masok mata nih!
Sebelum pergi, ambik gua punya hati
Ingat sayang! Gua cinta lu bagai nak mati!!

Breakdown:
Lat tali lat tali tan plong
Kepadamu pemikiran ku terpesong
Susah gila ku nak menahan (cinta.)
Kerinduan yang telah disebabkan

Outro:
Oi sayang! Sayang! Jangan lupa telefon nanti eh?
Gua tak boleh, telefon rumah dah kene potong!!
Ingat pesan eh? Jangan main gila ngan gua weh..
Lu balik nanti, tau ah kang!!!

Fazley - Bila April Lyrics

Filed under: Fazley Lyrics

Bila April tiba
Hati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita
Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi

Di April yang itu
Kau katakan padaku
Sabarlah menanti
Takkan lama lagi
Kau senyum bermakna
Padaku kau pinta
Berikanlah oh waktu
Kenalilah dirimu

Bila bila April
Aku menantimu, aku menantimu
Dan bila April, bila April
Dapatku pastikan, cintaku ini
Dan bila, bila April
Bibirku pasti akan bertanya
Kapankah kau milik ku..

Idayu - Kasih Yang Terpisah Lyrics

Filed under: Idayu Lyrics

Adakah engkau
Dapat merasakan apa yang ku rasa
Tentang apa yang telah terjadi
Oh inikah suratan yang ku terima kini

Bukan salah diri mu
Bukan kau pinta semua kan terjadi
Kerna hati ku mencinta
Semua terlukis rasa yang kecewa

Andainya kini
Dapat ku ulang semua kisah silam
Pasti ku akan menyayangi mu
Selamanya hingga ke akhir dunia

Tapi apakan daya
Terpisahlah jua kita akhirnya
Pengorbanan mu pada diri ku
Tak pernah ku hargai

(Korus)
Sukarnya untuk merubah
Sukarnya untuk ku melupakan
Kenangan bersama telah tersurat
Ku layari bahtera ku ini
Akan ku teguh

Ingin lagi ku bersama
Ingin lagi ku peluk
Walau sesaat cuma
Walau di maya kau menjelma
Untuk bermesra
Pasti tak bisa
Kembalikan diri mu

Adakah engkau
Tak akan melihat ku di sini
Bukan ku rayu untuk simpati
Tapi maafkanlah

Kerna kesilapan itu
Takkan kau lupakan
Pasti ku ubah segalanya

(Ulang korus)

May 8, 2006

Juliana Banos - Obsesi Lyrics

Apakah ini ku rasa yeah
Terpendam di hati oh… kasih
Pabila berjumpa kelmarin
Terasa seperti ada yang tak kena

Kau membuatku mengingatimu
Ku hilang kawalan
Tidur tak lena ku merinduimu
Fikiran tak kena

Kau membuatku mengingatimu
Ku hilang kawalan
Tidur tak lena ku merinduimu
Fikiran tak kena

Kau obsesi, obsesi daku
Dan kau yang ku mahu oh… kasih
Dan tiada yang lain bisa menandingimu
Kerna kau yang satu di mataku

Ada kau masih teringat
Pada diriku ini, oh… kasih
Jangan kau mainkan cintaku
Kerna ia cinta sejati
Percayalah…

Dengan senyumanmu, ketawamu
Memikat hatiku
Bagaimana ku tuk lupakanmu
Kerna kau obsesiku

Mengapa kau menduga kesabaranku
Hari demi hari masa pun kian berlalu
Dan kau teringat pada diriku jua
Kini kau tahu, kaulah obsesiku

Apakah ini ku rasa yeah
Terpendam di hati oh… kasih
Jangan kau mainkan cintaku
Kerna ia cinta sejati
Percayalah

May 6, 2006

Submit Lyrics

Filed under: Uncategorized

Have any lyrics to share with us?

Please fill in the following in the comment form:

1. Song Title
2. Artist/Band Name
3. Lyrics

Thank you for your contribution.

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Jay of onefinejay.com